Raub – Hopeless 90’s

I live in Raub, MY.

And it’s still 90’s.

What I do realize is that Raub…kinda a quite boring capital to live in.

Saya dan kakak keluar mencari sesuatu kerana sudah lama terperap di dalam rumah. Kami memilih kebosanan dan sekarang, kami memilih sesuatu yang boleh menceriakan kami….SECRET RECIPE!!!

SR je ponnnnnnnnnnn….

Raub adalah sebuah bandar yang hiruk pikuk dengan kenderaan berat dan balak Pahang dan Kelantan. Bosan betul dengan bunyi treler panjang yang menghon meminta ruang laluan yang besar. Sudah terpampang besar papan tanda jalan baru ke Kuala Lumpur di Kampung Sempalit, tapi ramai buat tak endah.

Jika tiba musim perayaan, ia tidak putus-putus dengan penghijrahan balik dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Bertambah ‘bagus’ bila lampu trafik di simpang empat dimatikan secara sengaja. Hampir setiap kali. Satu benda yang saya tak faham mengenai undang-undang trafik di Raub. Adakah kerana attitude polis trafik yang malas bertugas di bawah terik matahari? Setakat ini, tiada apa-apa yang berlaku. Nak tunggu sesuatu buruk terjadi, baru nak bertugas?

Malam hari, sunyi dan sepi segera menyelinap. Namun, tidak di perkampungan orang cina. Lampu kerlipan yang menarik pada papan tanda restoran, menyegarkan mata orang yang lalu lalang. Bagi yang sudah pencen, mereka lebih senang menghabiskan masa meneguk botol arak di restoran malam dan beberapa cawan teh di dalam rumah sambil menyokong industri perfileman cina. Barangkali, takjub dengan kung fu teragung. Oh, rumah cina boleh diintai dari dalam kereta abah. Pintu rumah jarang dikatup rapat. Membiarkan angin malam mencelah masuk seluar pendek.

Menghargai usaha dari beberapa pihak untuk menceriakan bandar ini seperti meletakkan lampu kerlipan di pokok-pokok, tapi suasananya tetap macam itu. Lampu seolah-olah dicampak ke pokok seperti nelayan mencampakkan jalanya di laut. Serabut. Lip lap lip lap kemudian mati lepas beberapa malam. Kesungguhan dan konsistensi tidak ada. Meriah di jalan bandar. Sunyi dan mati di  kawasan Taman Tasik. Kecuali ada majlis di situ.

Kami berjalan-jalan sekitar bandar dan mengambil beberapa gambar.

kedai kassim mohamad raub

Berada di Kedai Muhammad Kassim di Raub.

Kassim

Nasib baik Pakcik Kassim tak marah. Dia geng arwah datuk saya…

Gambar yang diambil sengaja diedit agar kelihatan klasik tetapi gagal. Beberapa figura moden seperti kereta dan kipas air-conditioner di luar mengganggu intepretasi klasik. 

Saya lebih gemar tinggal di sebuah bandar yang padat dengan budaya, colours, bunga-bunga segar di tepi-tepi jalan, scratchy texture or brick pattern on walls and streets, buskers & music & dancing, and hoping for a huge waterfall at the center of the city. Seronoknya!  Raub pun ada waterfall, tapi sudah dirambui keladak kelabu.

Saya cuba membayangkan berada sebuah kota pengaruh perkampungan Tuscany, Itali dan sedikit identiti bandar L.A, sebuah kota yang penuh inspirasi menjadi pilihan individu talented yang memilih untuk menjadi performer – mencari ilham mengasah bakat kreativiti dengan busking di jalanan. Gemar persekitaran yang inspiring! Everyday ART!

Tuscany, I will find you one day. Terasa hidup di syurga fantasi!

Marky, tak sangka kau dah blah meninggalkan aku ke Paris. Esok-esok, temankan aku ke Frankfurt, German? Bestnya!

Retro Vintage style tetap ada!

Ia sedang mengalami proses pembangunan di sebelah barat- Bandar Baru Raub, cerminan personaliti yang lebih baik. Mempunyai tahap kependudukan yang rendah. It is like an ‘Upper Westside’ of Raub versi Gossip Girl. Belum lagi sebuah tempat pembangunan yang progresif kerana sedikit terpisah dari bandar utama selain jauh dan bahaya untuk pejalan kaki ke sana kerana arus trafik yang sangat laju. Walaubagaimanapun, ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan bas, cyber cafe, dan bangunan kedai butik dan beberapa restoran seperti Marrybrown, dan terkini Saprino’s Pizza. ok laa…

Ini adalah mengenai ‘cover depan‘ bandar saya. Belum punya waktu untuk menerokai yang tersirat.

Sambung makan Chocolate Indulgence…

Muka fake: Waiting for my sis taking the pic of ma cake. She was spendin like HOURS!! my tummy was really starving!!

Sigh – Finally, I can EAT it! Come to mama!

Advertisements

11 thoughts on “Raub – Hopeless 90’s

  1. hai dik..
    akk pernah smpai ke Raub masa tinggal di Jerantut dulu2..Kampung DOng jika tak tersilap..tak sangka awak orang Pahang rupanya..hehe

    gambar bandar Raub nampak season gler..mcm di suatu ketika dalam 80 an gitu..

    kalau awk nak ke Italy, akk nak sangat ke Holland! haha. jom berangan.best!

    • kakak! tadi baru google Holland. Cantik! Kalaulah ada Prince Charming and fall in love terus kat taman-taman bunga di situ.

  2. Banyak kenangan aku ngan bandar Raub…layan konsert time sekolah agama al falah dlu, kena kepialu, gaduh ngan cina Raub..-zaman jahil tuu- err klau nk tulih banyak sgt laa…btw banyak kenangan tu dah makin susut dr ingatan…hmm…sesekali balik sure aku akan usha2 tmpt yg jd kenangan aku stu tika dlu.

    • laa..Yas orang Raub ke? Kat sini, kurang dah konsert2. Kecuali kat kampung2, ada laa beberapa band remaja kampung rajin anjur buat persembahkan muzik masing2 terutamanya kategori jiwang. Kalau kat alik Dong, ada persatuan kompang yang aktif rasanya.

      Gaduh ngan amoi ya??

      Raub sekarang ok laa dari dulu. Cuma perubahan modennya mengganggu sedikit kenangan nostalgia lama. Semoga kenangan blogger Yas di Raub sentiasa kukuh di ingatan. Yeah!

  3. bukan setakat raub,,rata2 bandar di pahang mmg agak boring..masuk jam 9 je..byk kedai2 da tutup..pusat hiburan?? owhh..mcm sukar je..sebab tu k.chii x suka blik pekan kalau raya..x meriah..prefer di muar…sgt happening..ehehe

    • tu ar..bosan sangat. Lily perlu keluar dari sini untuk menikmati persekitaran yang lebih ceria dan meriah. Baru Lily sentiasa ceria jua. Yeah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s